CARA ORDER DI WEBSITE

2Di sini kami tunjukkan walkthrough secara terperinci cara membuat pesanan di website ini.

(Khas untuk dropshipper: Sila scroll ke bawah untuk proses lanjutan pesanan dropshipper ) 

Membuat Pembelian

1.    Pilih barang dan kuantiti yang anda ingini

2. Klik add to cart dan barang pilihan anda akan tersenarai

3. Selepas selesai memilih barang, sila checkout untuk confirm pembelian 

4. Daftar akaun untuk tujuan pengeposan, rekod pembelian barang, serta menyemak status barang. Pendaftaran adalah percuma. Anda juga bole mendaftar walaupun belum bersedia untuk membuat pembelian.

5. Isikan maklumat diri. Pastikan alamat betul (ini penting untuk memastikan barang selamat sampai ke tempat anda). Kos pos akantertera mengikut berat barang. Klik butang Continue

6. Pilih cara pembayaran, sama ada melalui CIMB, Maybank atau Paypal. 

7. Seterusnya, alamat anda dan barang pembelian akan tertera. Sila semak sekali lagi bagi memastikan ianya betul. Pembayaran perlu dibuat ke akaun yang tertera di bahagian bawah muka ini. Confirm Order untuk meneruskan pembelian. Kini pesanan anda sudah masuk ke senarai pesanan kami.

Membuat Pembayaran

1. Sila buat pembayaran ke no akaun yang tertera (sama ada di mesin deposit tunai, transfer melalui online atau pembuat pembayaran di kaunter bank tersebut). 

2. Selepas membuat pembayaran, sila buat soft copy resit tersebut. Anda boleh i)mengambil gambar resit dengan camera phone, webcam, camera; atau ii) scan resit; atau iii) print screen - sekiranya anda pembuat pembayaran secara online.

Attachkan Bukti Pembayaran

1. Masuk ke website ini sekali lagi dan klik login.

2. Isi email dan password di ruangan Returning Customer

3. Klik View My Order History

4. Klik Submit Payment Proof

5. Klik Choose File dan pilih fail resit yang telah anda saved tadi. Kemudian klik Submit Payment Proof. Kini pesanan anda sudah lengkap. Kami akan proses dan pos kepada anda secepat mungkin.


Semak Status Pesanan
1. Sekiranya anda ingin memeriksa status pesanan anda, sila login sekali lagi dan klik View My Order History

2. Lihat pada bulatan merah. Prosessing bermaksud pesanan anda dalam proses penilaian dan pembungkusan.

3. Sekiranya status anda Shipped; bermaksud pesanan anda telah dipos. Sila klik View

4. Tracking no pesanan anda tertulis di ruangan paling bawah. Kini anda boleh menyemak lokasi barang anda di laman web pos.com.my (track and trace)

Mengubah kuantiti produk dan membuang produk dari shopping cart
Sekiranya anda memasukkan terlalu banyak produk ke dalam shopping cart dan ingin membuang sebahagian daripadanya; atau ingin menambah atau mengurangkan kuantiti produk tersebut; berikut adalah cara-caranya..

1. Klik Shopping Cart
2. Ubah nombor pada kuantiti untuk mengubah jumlah produk
3. Tandakan kotak Remove pada produk yang ingin anda buang
4  Klik butang Update 















Kini anda boleh continue shopping atau checkout seperti biasa..


Proses Lanjutan Khas untuk Dropshipper

Perhatian kepada Dropshipper, sila pastikan anda membuat perkara berikut dalam proses pesanan. Mengabaikan perkara berikut akan menyebabkan barang dihantar ke alamat yang salah, tidak mendapat diskaun dropship dan mengelirukan admin. Sekiranya ini berlaku maka kami tidak akan bertanggungjawab diatas kecuaian anda.

1. Tukar alamat
Sebelum confirm order, sila tukar alamat di shipping address kepada nama dan alamat pelanggan anda. Caranya ialah:

a) Ketika check out, di ruangan deluvery information, klik change address

b) tulis nama dan alamat pelanggan anda di ruangan yang disediakan

c) Setelah siap. tulis "I'm a dropshipper : Nama Anda". Ini bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Anda juga bole mencatatkan no telefon pelanggan anda (jika perlu) untuk ditulis dalam borang Poslaju. Klik Continue

d) Di ruangan coupon; sila masukkan kod ejen khas anda. dan klik Update

e) Jumlah harga berubah serta merta. Sila buat pembayaran dengan jumlah harga setelah diskaun dan ikuti langkah lain seperti biasa.