Tentang Bidadari Genit


Bidadari Genit?
Bidadari Genit diuruskan oleh seorang crafter yang bisnes utamanya ialah membuat tempahan custom made felt craft dan menjual bahan-bahan kraf. Disebabkan perlu fokus pada penghasilan tempahan handmade dan memerlukan masa untuk design tempahan, maka saya jarang online dan tidak dapat memberi feedback yang pantas kepada para pelanggan. 

Akibatnya perniagaan kecil ini menjadi kucar kacir kerana saya perlu menyiapkan pending order handmade tepat pada masanya, dalam masa yang sama perlu membalas email, chatting dengan pelanggan di gmail, yahoo dan fb, panggilan telefon, sms, pm fb, whatsapp, walk-in customer. Saya juga perlu packing order craft supply dan pos barang setiap hari. 

Beberapa jalan penyelesaian telah diambil bagi memudahkan urusan, seperti menghadkan masa membalas email hanya pada waktu malam sahaja (siang berkraf, packing order dan pos barang) namun pelanggan mahu feedback cepat. 

Saya juga pernah menghadkan pos barang setiap isnin, rabu dan jumaat sahaja, namun pelanggan mahu barang cepat. 

Saya pernah menghadkan urusniaga melalui email dan fb shj (untuk memudahkan penyimpanan rekod) namun pelanggan tetap mahu pilih cara yang mudah bagi mereka. Ini mengakibat pertindihan, terlepas pandang dan silap pengiraan harga kerana perlu curi-curi masa menyiapkan semuanya.

Saya telah membina shopping cart auto checkout bagi memudahkan pelanggan membeli barang dan membuat pembayaran tanpa perlu menunggu feedback dari saya namun pelanggan lebih selesa berurusan dengan manusia sebenar dan tetap mahu saya melayani mereka walhal harga dan perincian barangan telah ditulis dengan jelas di blog, website, FB dan shopping cart. 

Saya mengambil keputusan untuk fokus kepada tempahan craft (kerana ini adalah minat saya). Manakala penjualan bahan craft saya jadikan sebagai bisnes sampingan. Kenapa saya tidak memilih salah satu? Ini kerana saya suka memborong bahan-bahan craft dan memenuhkan bilik craft saya dengan pelbagai bahan yang berwarna-warni. Saya tidak boleh elakkan diri dari memborong barang-barang itu kerana saya memang sangat suka...

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan beberapa orang dropshipper yang dikhususkan untuk menguruskan pelanggan masing-masing, dan saya dapat fokus kepada pembungkusan, inventori dan pengeposan barang.

Diharap usahasama kita ini akan membuahkan hasil... Amin....