Dropship

Apa itu dropship?
Dropship ialah satu sistem urusniaga dimana dropshipper (iaitu anda) menjual barangan tanpa perlu mempunyai stok barang tersebut. Manakala supplier (iaitu saya) akan menghantar barang kepada pelanggan anda tanpa beliau menyedari kewujudan saya.

Macam mana prosesnya?
Mudah je. Selepas disahkan sebagai ejen dropship anda hanya perlu;
i) memasarkan produk tersebut 
ii) berurusan dengan pelanggan
iii) menerima pesanan dan bayaran dari pelanggan
iv) membuat pesanan dan pembayaran kepada saya (dgn harga ejen) berserta nama, alamat dan no telefon pelanggan
v) pesanan tersebut akan diproses dan diposkan kepada pelanggan anda 
vi) tracking no akan diberi dan anda hanya perlukan maklumkan tracking no tersebut kepada pelanggan untuk mereka memeriksa status order
vii) barang sampai kepada pelanggan dan semua happy.. yay!

Berapa komisen yang saya akan dapat?
Komisennya adalah antara 10% hingga 25% daripada harga jualan (komisen mengikut jenis produk) tidak termasuk pos. 
Harga ejen adalah tetap, namun harga pasaran adalah tidak tetap. Anda bebas meletakkan harga mengikut pasaran perniagaan anda.

Apakah produknya?
Produknya boleh tengok kat sini: http://ikatalog.blogspot.com/

Kelebihan Dropship?
  • anda tidak perlu beli stok - saya dah belikan dah
  • anda tidak perlu menyimpan stok - saya simpankan
  • anda ada pelbagai barang untuk dijual tanpa perlu membeli apa2
  • tiada risiko barang tidak laku atau rugi
  • anda tidak perlu membungkus dan mengepos - biar saya uruskan part tu
Syarat menjadi dropshipper?
- Serius berminat
- Boleh membuat membuat pesanan di sini sahaja--> http://bidadarigenit.lot.my/
- Boleh membuat pembayaran ke akaun Maybank atau CIMB

Kena bayar ke?
Anda boleh memilih untuk menjadi Dropshipper Percuma atau Dropshipper Premium

Bagi Dropshipper Percuma, tiada bayaran dikenakan. Anda bole bermula sebaik sahaja anda mendapat kod ejen. Komisennya ialah 10% dari harga jual.

Bagi Dropshipper Premium, bayaran dikenakan sebanyak RM20.00 seumur hidup dan komisennya ialah 25% dari harga jual. Anda boleh bermula sebaik sahaja mendapat kod ejen.

Kenapa Dropshipper Premium kena bayar pulak? 
RM10 adalah untuk menempah cop (nama, no ssm, alamat dan no telefon anda) yang akan digunakan di ruangan pengirim dalam borang Poslaju serta resit pembelian pelanggan anda. Ini akan buat anda kelihatan lebih profesional dan memudahkan saya pos barang tanpa perlu menyemak alamat ejen.

RM10 lagi adalah untuk Dropshipper Kit. Dropshipper Kit ini mengandungi sampel barang-barang jualan. Dengan ini anda berpeluang melihat sendiri kualiti produk jualan anda, atau menunjukkan sampel barangan kepada pelanggan secara terus. 

Jenis
Dropshipper Percuma
Dropshipper Premium
Bayaran
Percuma
RM20 (seumur hidup)
Komisen
10%
25%
Kod Ejen
Ada
Ada
Cop Alamat Dropshipper
-
Ada
Dropshipper Kit
-
Ada
Katalog Online
Ada
Ada


Apa itu Dropshipper Kit?
Dropshipper Kit ialah sampel produk. Anda melihat sendiri kualiti dan memudahkan anda menerangkan kepada para pelanggan dengan lebih terperinci berkenaan dengan prduk tersebut. Dropshipper Kit ini akan dipos terus ke rumah anda.

Saya dah jadi dropshipper percuma selama 10 tahun, bolehkan saya menjadi Dropshipper Premium pula?
Boleh. Anda cuma perlu maklumkan kepada saya dan buat pembayaran sebanyak RM20.00. Keahlian anda akan upgrade secara automatic

Setelah menjadi dropshipper yang sah; 
  • anda bole menggunakan link katalog online yang mengandungi produk jualan berserta harga pasaran (bukan harga ejen). Anda dibenarnya copy dan paste gambar serta detailnya ke mana-mana medium pemasaran milik anda. Atau untuk lebih mudah anda boleh menggunakannya sebagai katalog perniagaan anda tanpa perlu copy paste gambar-gambar tersebut. Namun harga yang terpampang di katalog online tersebut adalah kekal dan tak bole diubah. Katalog tersebut tidak mempunyai nama perniagaan, borang pesanan, alamat email atau apa-apa maklumat yang membolehkan pengunjungnya menghubungi saya untuk membuat pembelian. Mereka tetap perlu menghubungi anda. Oleh itu, jangan risau. Pelanggan anda adalah milik anda.
  • pesanan perlu dibuat terus ke link shopping cart dropshipper - shopping cart ini mengandungi gambar, harga dropshipper, harga yang jualan yang disarankan dan berat produk. Shopping cart ini hanya akan respond kepada 5 orang dropshipper berdaftar. Setelah menerima pesanan dan bayaran dari pelanggan; anda boleh terus membuat pesanan di shopping cart ini dan buat pembayaran dengan segera. Pesanan yang diterima sebelum pukul 10 malam (lengkap dengan pembayaran), akan dipos keesokan harinya. Saya pos barang setiap hari kecuali Sabtu dan ahad serta cuti umum.
  • pembelian peribadi dengan harga dropshipper - anda bukan hanya mendapat komisen dengan menjual, malah anda turut mendapat komisen dengan membeli. Beli terus dengan menggunakan akaun dropshipper dan pos ke alamat anda. No problem...
Baiklah, saya berminat!
Kalau begitu, sila isi borang dibawah. Sekiranya masih ada kekosongan , anda akan diberi no akaun dan buat pembayaran sebanyak RM20.00 (untuk Sropshipper Premium sahaja). Attachkan resit bayaran dan keahlian anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam. Saya akan berikan maklumat diri saya kepada ahli dropshipper yang sah bagi mengelakkan urusniaga yang meragukan.

Takpe la, saya tak berminat..
Okay.. Terima kasih kerana sudi melawat Bidadari Genit. Semoga kita sama-sama berjaya dalam bidang masing-masing.. All the best.. :>