FAQ

Ini ialah senarai soalan yang kerap ditanya. Sekiranya ada soalan lain selain dari yang disenaraikan ini, sila email saya di queengenit@gmail.com

Kedai kat mana?
Saya tidak mempunyai kedai. Jualan bahan craft dan handmade ini dijalankan secara online dari rumah.

Kenapa Bidadari Genit? Takde nama lain ke?
Huhu... Bidadari Genit ialah nama ejekan kepada saya sejak zaman sekolah rendah akibat memegang watak Fairygod Mother dalam pementasan sekolah. Nama tu sudah sebati dengan saya. Kalau tak suka, maaf..
Selain itu nama ini agak mencurigakan dan menipiskan peluang orang ramai beli secara terus dengan saya di sini secara tak langsung meningkatkan peluang niaga anda. All the best.. :>

Bisnes awak ni macam kecik je. Cukup ke barang nak dropship?
Anda tidak perlu bimbang. Bisnes ni memang masih kecil. Baru berusia 3 tahun. Saya juga seorang peniaga kecil. Dan bahan-bahan jualan juga kecil. Kebiasaannya stok sampai secara konsisten 2 kali sebulan dan setiap item yang kurang akan restock secepat mungkin. Sebelom melancarkan program dropship ini, saya sudah sediakan stok yang banyak bagi setiap item untuk mengelakkan masalah kepada anda. Walau bagaimanapun, sekiranya ada item yang kehabisan stok, saya akan update di blog ni (oleh itu, pastikan anda follow blog ni), supaya dapat anda maklumkan kepada pelanggan. Apapun, stok baru akan masuk dalam tempoh terdekat dan akan update di blog ini,

Macam mana kalau pelanggan saya beli terus dengan awak next time? Rugilah saya...
Saya akan pastikan itu tidak berlaku. Saya memerlukan dropshipper kerana saya tidak mampu entertained pelanggan, berkraf, siapkan order, packing dan pos dalam satu masa. Oleh itu, saya ceraikan 1 department untuk anda membantu saya. Barang dipos menggunakan nama dan alamat anda. Sekiranya anda ragu, sila buat serkap jarang dengan menyamar sebagai pembeli.

Macam mana kalau saya tak dapat pelanggan walau dah berbulan-bulan jadi dropshipper?
Anda ada dua pilihan.. a) putus asa; b) cuba lagi.. 
Saya suka pilihan b).Namun keputusan di tangan anda.Penarikan diri hanya boleh dibuat oleh anda sendiri.

Macam mana kalau barang tak sama seperti dalam gambar?
anda diberi pilihan membeli Dropshipper Kit untuk melihat secara live produk tersebut

Macam mana kalau barang tak sampai-sampai?
selepas barang dipos anda akan diberi tracking no dan resitnya saya simpan. Sekiranya barang hilang, saya boleh menuntut gantirugi dari Poslaju dan barang yang hilang tu saya akan gantikan dengan yang baru. Namun sekiranya alamat yang diberi adalah salah, atau posmen menghantar ke alamat yang salah, atau barang sudah diterima namun penerimanya tidak dikenalI (orang lain); maka itu bukan kesilapan pihak saya, maka saya tidak perlu bertanggungjawab

Pelanggan dah order dan dah bayar; tapi bila nak order habis stok la pulak. Macam mana tu?
Stok akan sentiasa diupdate di blog dan shopping cart. Stok baru akan sentiasa restock. Anda hanya perlu check di http://ikatalog.blogspot.com/ setiap kali menerima pesanan baru bagi memeriksa kehadiran stok.

Macam mana kalau saya kena tipu oleh Bidadari Genit. duit dah bayar, barang tak sampai, contact tak dapat?
Selepas anda mengisi borang dropshipper dan diterima sebagai ejen dropship; anda akan menerima maklumat diri saya (kecuali no telefon kerana urusniaga saya hanya melalui online saja. Saya sibuk menyiapkan order handmade; harap anda faham). Sekiranya anda ditipu oleh saya (dimana ia tidak mungkin berlaku), sila dokumenkan segala perbualan melalui email, fb, sms dan apa saja medium. Dokumenkan juga transaksi bayaran, pesanan, invoice, no akaun dan nama saya di no akaun. Hubungi tribunal pengguna (search di internet) atau polis dan buat report atas jenayah yang saya lakukan.

Boleh bagi link website awak yang lagi satu tu?
Maaf, saya tak mahu mendedahkan perniagaan yang lagi satu atas sebab-sebab tertentu. Saya pernah mengalami situasi ni sebelum ni dan akibat sikap orang yang tidak bertanggungjawab telah memberi impak negatif kepada perniagaan saya. Oleh itu, saya tidak berani menanggung risiko. Maaf.

Kenapa guna blogspot, bukan guna website betul? Sangat mencurigakan...
Saya ada website yang betul  (.com.my) untuk perniagaan asal saya. Saya juga ada fb, blog, twitter, Instagram dan sebagainya. Bagi program dropship ini, saya telah mengurangkang 25% dari harga jualan yang asal. Bermakna saya cuma dapat 25% keuntungan, manakala 25% milik anda. Kekurangan keuntungan ini membuatkan saya tidak mampu menempah website berbayar, jadi saya pilih blogspot (free) dan lot.my (murah) untuk urusniaga ini, Lagipun ia hanya untuk kegunaan kita berenam.

Kalau bisnes ni bagus kenapa buat dropship ni?
Kerana perniagaan utama saya ialah menghasilkan (menjahit custom made craft). Saya tidak sempat buat semua kerja dalam satu masa.

Awak buat barang handmade kan? Boleh saya dropship barang handmade?
Maaf, saya tidak buka dropship untuk handmade. Kerana custom made memerlukan perbincangan secara teliti antara crafter dan buyer. Kesilapan maklumat dan salah faham mungkin akan berlaku dan akan merosakkan nama perniagaan masing. Namun, saya akan cuba sediakan ready made design untuk tempahan pada masa akan datang.